Isnin, 2 Ogos 2010

Pagi yang memeranjatkan!

Seperti biasa, sebelum jam 7 pagi pada setiap hari, aku akan memberi makan arnab-arnab ku sebelum ku tinggalkan mereka untuk ke tempat kerja. Kemudian aku akan tengok kembali semua ini jam 6 petang nanti.

Pagi ini seperti biasa.. kerja rutin..dari satu cell ke satu cell [ 17 cell je] aku akan letakkan pallet secukupnya dan memastikan air minum sentiasa ada. Alangkah terkejutnya aku bila sampai di cell ND...tengok-tengok tergolek 3 ekor anak mereka di atas lantai cell. Tanpa tanda, tanpa cabut bulu , bersalin ia..uh...uh..uh. tak ku sangka. 3 ekor semuanya. Terpaksa aku carikan kotak untuk anak-anak ini. Aku letakkan ia di situ. Petang nanti akan ku tengok kembali...Entahlah..ku tinggalkan di situ...Semoga ibunya tak marahkan aku..niatku membantu. Bukan menganggu.

Pengalaman ini membantu ku untuk persediaan dan persiapan di masa akan datang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan